Showing posts with label Forgiveness. Show all posts
Showing posts with label Forgiveness. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Kesedihan Itu

Salam all.

Pernah x korang ttibe jer rse sedih? Sedih yang teramat sangat smpai air mata tu korang xbole tahan dari jatuh. Tak kisah la pasal ape2 pon. Pasal family, saudara2, kawan2, atau seorang yg kt cintai. Ye, aku pernah. Bahkan mmg selalu.

Sekarang ni, camtu lah yang aku rse. Rse mcm nak turun air mata nih, tp aku tahan. Sebab ape kesedihan aku ni? Hanya Allah S.W.T yang tahu. Aku sedih dengan diri aku sendiri. Allah jadikan aku sebaik2 kejadian. Dia kurniakan aku dgan akal fikiran, sihat tubuh badan, cukup makan pakai, mama, abah, abang, adik, saudara mara...dan sahabat.

Tp, aku sendiri xcuba untuk perbaiki diri aku walaupun aku tahu aku ade kerosakan dalam hati. Aku tahu ape yg baik dan buruk untuk diri aku tp aku tetap mcm ni. Selalu rasa benci, jahat, xpuas hati, iri hati, bangga diri. Ye, kadang2 aku rse sume tu dlm hati. Aku rasa aku ni dah cukup baik. Tapi sebenanye, orang yang lebih jahil dari aku itu kadang2 lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Kadang2 orang yg aku benci, yang aku kutuk itu lebih baik drpd aku.

Aku cuba, nak jadi yang terbaik. Ye, aku cuba. Kita sume ade mencuba. Cuma yang membezakan hasilnya adelah sama ada kita nak teruskan atau putus asa ditengah jalan.

Kadang2 kita rasa kita lah yang benar. Walaupun jauh disudut hati kita tahu kita salah. Kadang2 kita cuma nak jadi jujur. Kita cuma memberitahu ape yang ditanya. Contoh mcm "ko rse ok x aku beli beg ni?" kita jawab, "aku rse xyah lah, xseswai la dgn ko" dan kita rasa tercabar. Kenapa ya? Aku selalu juga rasa mcmni. Kenapa aku nak rasa tercabar kalu aku sendiri yang bertanya?

Kadang2 aku tgk org aku pikir, "bodohnye orang tu, xkn la itu pon xtau". Ye, selalu. Tp aku pikir balik, mungkin mmg die xtahu. Dan mungkin ada perkara yang dia tahu tp aku tak tahu. Banyak lagi perkara kita xtahu sebenarnya.

Kadang2 kita tahu kita buat salah. Tp kita x mahu meminta maaf. Sebab rse ego tercalar. Xpon rasa malu. Aku selalu mcm ni. Aku selalu buat salah dan sakitkan hati orang yg dekat dgn aku, tapi, aku takut dan malu nk minta maaf tu. Tapi selalunya juga kita tak bersalah tapi org lain mahu kita rasa bersalah. Bagi aku, kalau aku tidak salah, x perlulah untuk aku rasa bersalah.

Dan aku akui aku sng untuk dipijak, aku tahu. Selalu kena buli, dimain2 kan, diusik itu ini. Kadang2 aku rasa lambat untuk berfikir, untuk faham, untuk tahu. Tp ia bkn kerana aku bodoh, tp sbb inilah aku; hamba ciptaan Allah S.W.T. Dan hanya Dia berhak menjadikan aku seperti mana Dia mengkehendakinya. Dan aku bersyukur inilah aku. Dan jika ade manusia lain yang merasakan aku ini bodoh, itu hak nya.

Kadang2 kita rasa kita perlukan penghargaan dari orang untuk kebaikan kita. Memang itu normal. Aku mmg selalu sgt seperti ini. Walaupun dlm hati je. Tp Allah tahu. Tapi kebaikan lebih banyak pahala kalau kita tak meminta apa2 sebagai balasan, walaupun hanya sebuah penghargaan. Untuk berbuat baik tanpa balasan itu indah. Sangat indah. Mungkin kita jujur meminta ucapan "terima kasih", tapi janganlah dibalas dgn kutukan.

Kadan2 kita rasa nak mmbantu. Tapi bantuan yang diberikan kadang2 membawa kepada lebih bnyk masalah. Datang pula rasa bersalah dalam hati. Tapi org itu xtahu...

Kadang2 kita xfaham ape yang org lain sdg lalui. Mungkin dia sedang sedih. Jgn lah kt mengutuk mengata yang bkn2 selagi xtahu perkara sebenar. Dan kadang2 kita marah dgn sesuatu, tp kita lepaskan pada sesuatu yang lain atau seseorang yang lain.

Kadang2 kita sayang. Sayang akan sesuatu. Dan perasaan sayang itu, bila sudah terjadi, mmg susah nak hilang. Kita merasakan yang sesuatu itu milik kita. Walaupun kita tahu ia seperti mustahil. Dan bila sesuatu itu tidak melihatkan dirinya kepada kita, kita marah, sedih, putus asa. Dan juga apabila sesuatu yang lain menarik sesuatu kesayangan itu, kita juga marah, sedih, dan memalingkan muka, dari sesuatu yang lebih nyata dari itu.

Apa yang aku rse, aku xbole nk selalu xpuas hati dgn sume bnde kat luar ni. Sbb aku tahu, akan ada aje perkara yang buat aku rasa benci, jahat, xpuas hati, iri hati, bangga diri. Dan perasaan itu semua datangnya dari Syaitan laknatullah.

Aku xboleh juga nak puaskan hati semua orang kat luar. Sama ada sebab sifat aku yg mengada2 kadang2, blur, lambat, hanya nak menang, terlebih cakap, terkurang ckp, ter'emo ttibe, tersalah ckp, atau pon sbb aku ni mungkin telah menarik sesuatu yg org inginkan. Perhatian mungkin. Tapi kadang2 sesuatu itu terjadi diluar dugaan kita. Hanya Allah yang tahu semuanya. Dia lah yang Maha Mengetahui sesuatu. Termasuklah hati2 manusia ciptaan-Nya.

Dan disini aku ambil kesempatan untuk minta maaf kepada semua orang yang aku kenali dan tidak pernah kenal. Mungkin aku ade berdosa dgn korang tp aku xtahu, atau mungkin aku tahu tp maaf tu tdk dpt aku ucapkan. Juga ingin aku minta maaf kepada Atie, Ima, Ika, Yatie, Adik, dan Anum kalau aku ada buat salah yg aku xtahu. Aku hanya manusia biasa dan penuh dgn ketidaksempurnaan. Maafkan aku.

Aku berdoa supaya Allah tabahkan hati aku dan sahabat2 ku, bantulah kami untuk melihat apa yang benar. Lindungi dan perihala lah hubungan kami, dan jgnlah Engkau putuskan persahabatan kami disebabkan perasaan jahat yang dibisikkan oleh Syaitan laknatullah.....Amin..

P/s: Aku seorang yang lemah disisi Allah S.W.T sahaja, aku xmahu melemahkan diri aku disisi manusia yang lain.

Tuesday, July 19, 2011

My Sister's Keeper

When I stand before God at the end of my life, I would hope that I would not have a single bit of talent left, and could say, 'I used everything you gave me'.

~Erma Bombeck

Salam all.

Korang pnah xtgk citer My Sister's Keeper? Kalau xpnah, pg la tgk. Cite die sgt best, dan sedeh. Korang mungkin bole blaja something. Blajar aper? Jgn la tnye aku, tiap2 org blaja different things.

Cite die pasal family. Tp lebeh kpd tiap2 family members yg ade isu sndiri utk hadapi ahli kluarga drg, Kate, yg ade cancer. Mak kpd Kate, syg kan anak die dan xnk tgk anak die mati. Bpak die plak pikirkan anak die Anna yg slalu jd mangsa utk tlg kakak die yg sakit. Pastu adik lelaki die Jesse plak, slalu kne pinggir sbb nk bg phatian kat Kate, smpai die ade masalah dgn membaca pon drg dpt tau lmbat.

Ape yg aku blaja dlm cite nih, utk tgk org yg kt sayang derita sakit, mesti kt nk buat ape je utk selamatkan die btol x? Mcm parents Kate jugak yg lahirkan Anna untuk jd penderma pd Kate. Kate plak, die tau sume org sedih and selalu buat ape je tk die. Die pun kesian kat adik die Anna yg kne tlg die sejak dr baby lagi. So die sruh Anna cari lawyer and fight for her freedom.

Kadang2, mmg susah nk lepaskan. Tp, mungkin da sampai masa kan? Bile kt ade sikit je peluang utk hidup kat dunia nih, jgn la sedeh. Be happy and just live your life.

Sebagai mak pon, bnyk sacrifice yg die buat utk anak2. Tp slalu xramai anak2 yg tahu. Pikir2 lah. Kesimpulannye, family sgt pnting. Kt kne hargai ape yg kt ada. Bila kt diuji dgn perkara mcm ni, xkn bru nk sedar?

Anyhoo, bnyk lagi yg aku dpt dr cite ni. Bnyk tlg aku gak.

Kate: I don't mind my disease killing me. But it's killing my family too.
Bai!

Monday, January 10, 2011

Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,
bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud,
' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.'

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:

"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

So, sentiasa lah igt mati. Ianya sgt dekat dgan kita sume. Kite xtau bile Malaikat akan dtg jemput kite. Waktu tu klu nk mintak ampun Tuhan dah xterima...
Moga kita sume djemput dalam Iman, dan agama-Nya...Amin...


P/S: 1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minitINI

BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.

Cre: Encik Afa from Fb..

Doalah dan minta ampun pada Allah!

Hadis 42 dalam hadis 40 imam nabawi.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta’ala berfirman:

"...
Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli."

"Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu.
Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi."

Jd kawan2, minta ampunlah pada Allah klu kt rse kt da buat jahat @ dosa.

Jgan plak bile da buat jahat pegi cakap, "aku dah wat dosa, msti Tuhan xterima ampun"
plak.. Tuhan itu Maha Menerima Taubat...


Semoga kita sume diampuni-Nya..Amin...


Cre: Farrah Hannan Fairuz dr Facebook..

I'm back! It's the year 2025!

Assalam semua my non-existent readers! Yes, aku memang dah terima hakikat tak ada siapa baca pun. Weh, lama aku tak bermadah di blog ni. Las...