
Pernah x korang ttibe jer rse sedih? Sedih yang teramat sangat smpai air mata tu korang xbole tahan dari jatuh. Tak kisah la pasal ape2 pon. Pasal family, saudara2, kawan2, atau seorang yg kt cintai. Ye, aku pernah. Bahkan mmg selalu.
Sekarang ni, camtu lah yang aku rse. Rse mcm nak turun air mata nih, tp aku tahan. Sebab ape kesedihan aku ni? Hanya Allah S.W.T yang tahu. Aku sedih dengan diri aku sendiri. Allah jadikan aku sebaik2 kejadian. Dia kurniakan aku dgan akal fikiran, sihat tubuh badan, cukup makan pakai, mama, abah, abang, adik, saudara mara...dan sahabat.
Tp, aku sendiri xcuba untuk perbaiki diri aku walaupun aku tahu aku ade kerosakan dalam hati. Aku tahu ape yg baik dan buruk untuk diri aku tp aku tetap mcm ni. Selalu rasa benci, jahat, xpuas hati, iri hati, bangga diri. Ye, kadang2 aku rse sume tu dlm hati. Aku rasa aku ni dah cukup baik. Tapi sebenanye, orang yang lebih jahil dari aku itu kadang2 lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Kadang2 orang yg aku benci, yang aku kutuk itu lebih baik drpd aku.
Aku cuba, nak jadi yang terbaik. Ye, aku cuba. Kita sume ade mencuba. Cuma yang membezakan hasilnya adelah sama ada kita nak teruskan atau putus asa ditengah jalan.
Kadang2 kita rasa kita lah yang benar. Walaupun jauh disudut hati kita tahu kita salah. Kadang2 kita cuma nak jadi jujur. Kita cuma memberitahu ape yang ditanya. Contoh mcm "ko rse ok x aku beli beg ni?" kita jawab, "aku rse xyah lah, xseswai la dgn ko" dan kita rasa tercabar. Kenapa ya? Aku selalu juga rasa mcmni. Kenapa aku nak rasa tercabar kalu aku sendiri yang bertanya?
Kadang2 aku tgk org aku pikir, "bodohnye orang tu, xkn la itu pon xtau". Ye, selalu. Tp aku pikir balik, mungkin mmg die xtahu. Dan mungkin ada perkara yang dia tahu tp aku tak tahu. Banyak lagi perkara kita xtahu sebenarnya.
Kadang2 kita tahu kita buat salah. Tp kita x mahu meminta maaf. Sebab rse ego tercalar. Xpon rasa malu. Aku selalu mcm ni. Aku selalu buat salah dan sakitkan hati orang yg dekat dgn aku, tapi, aku takut dan malu nk minta maaf tu. Tapi selalunya juga kita tak bersalah tapi org lain mahu kita rasa bersalah. Bagi aku, kalau aku tidak salah, x perlulah untuk aku rasa bersalah.
Dan aku akui aku sng untuk dipijak, aku tahu. Selalu kena buli, dimain2 kan, diusik itu ini. Kadang2 aku rasa lambat untuk berfikir, untuk faham, untuk tahu. Tp ia bkn kerana aku bodoh, tp sbb inilah aku; hamba ciptaan Allah S.W.T. Dan hanya Dia berhak menjadikan aku seperti mana Dia mengkehendakinya. Dan aku bersyukur inilah aku. Dan jika ade manusia lain yang merasakan aku ini bodoh, itu hak nya.
Kadang2 kita rasa kita perlukan penghargaan dari orang untuk kebaikan kita. Memang itu normal. Aku mmg selalu sgt seperti ini. Walaupun dlm hati je. Tp Allah tahu. Tapi kebaikan lebih banyak pahala kalau kita tak meminta apa2 sebagai balasan, walaupun hanya sebuah penghargaan. Untuk berbuat baik tanpa balasan itu indah. Sangat indah. Mungkin kita jujur meminta ucapan "terima kasih", tapi janganlah dibalas dgn kutukan.
Kadan2 kita rasa nak mmbantu. Tapi bantuan yang diberikan kadang2 membawa kepada lebih bnyk masalah. Datang pula rasa bersalah dalam hati. Tapi org itu xtahu...
Kadang2 kita xfaham ape yang org lain sdg lalui. Mungkin dia sedang sedih. Jgn lah kt mengutuk mengata yang bkn2 selagi xtahu perkara sebenar. Dan kadang2 kita marah dgn sesuatu, tp kita lepaskan pada sesuatu yang lain atau seseorang yang lain.
Kadang2 kita sayang. Sayang akan sesuatu. Dan perasaan sayang itu, bila sudah terjadi, mmg susah nak hilang. Kita merasakan yang sesuatu itu milik kita. Walaupun kita tahu ia seperti mustahil. Dan bila sesuatu itu tidak melihatkan dirinya kepada kita, kita marah, sedih, putus asa. Dan juga apabila sesuatu yang lain menarik sesuatu kesayangan itu, kita juga marah, sedih, dan memalingkan muka, dari sesuatu yang lebih nyata dari itu.
Apa yang aku rse, aku xbole nk selalu xpuas hati dgn sume bnde kat luar ni. Sbb aku tahu, akan ada aje perkara yang buat aku rasa benci, jahat, xpuas hati, iri hati, bangga diri. Dan perasaan itu semua datangnya dari Syaitan laknatullah.
Aku xboleh juga nak puaskan hati semua orang kat luar. Sama ada sebab sifat aku yg mengada2 kadang2, blur, lambat, hanya nak menang, terlebih cakap, terkurang ckp, ter'emo ttibe, tersalah ckp, atau pon sbb aku ni mungkin telah menarik sesuatu yg org inginkan. Perhatian mungkin. Tapi kadang2 sesuatu itu terjadi diluar dugaan kita. Hanya Allah yang tahu semuanya. Dia lah yang Maha Mengetahui sesuatu. Termasuklah hati2 manusia ciptaan-Nya.
Dan disini aku ambil kesempatan untuk minta maaf kepada semua orang yang aku kenali dan tidak pernah kenal. Mungkin aku ade berdosa dgn korang tp aku xtahu, atau mungkin aku tahu tp maaf tu tdk dpt aku ucapkan. Juga ingin aku minta maaf kepada Atie, Ima, Ika, Yatie, Adik, dan Anum kalau aku ada buat salah yg aku xtahu. Aku hanya manusia biasa dan penuh dgn ketidaksempurnaan. Maafkan aku.
Aku berdoa supaya Allah tabahkan hati aku dan sahabat2 ku, bantulah kami untuk melihat apa yang benar. Lindungi dan perihala lah hubungan kami, dan jgnlah Engkau putuskan persahabatan kami disebabkan perasaan jahat yang dibisikkan oleh Syaitan laknatullah.....Amin..
P/s: Aku seorang yang lemah disisi Allah S.W.T sahaja, aku xmahu melemahkan diri aku disisi manusia yang lain.
No comments:
Post a Comment