Saturday, August 2, 2014

Raya Stories and 1 Unfortunate Event

Assalamualaikum abang, kakak, adik yang comel.

Sedar tak sedar hari ni dah masuk raya ke 6. Rasanya baru je macam semalam kita sambut ramadan. Memang betul lah masa sekarang cepat je berlalu.

So, seperti biasalah, tiap kali waktu raya, mesti akan ada entry pasal raya. jangan la boring. Kalau boring, maap. :P

Cut the story short, my family and I went back to our hometown at Sayong, Kuala Kangsar on the night of 25th July. Bertolak dalam pukul 12:40 a.m. dan sampai pukul 6:30 pagi. Jalan tak payah cakap lah, memang jammed gila. Kalau tak 3 jam boleh smpai. Dan biasalah, orang Malaysia punya prihatin dia, sampai orang ramai parking tepi highway pun nak tgk. Sampai jam jadinya! *sigh*

Anyhoo, memang aku sgt suka time Hari Raya coz dapat kumpul2 ramai2 dgn sedara mara. Tidur bergelimpangan kat ruang tamu. The best feeling, ketawa, gelak ramai2. Nak2 makcik pakcik aku semuanya sporting tahap macam kawan2. Serius. Ada jugak la soklan bila nak kawin yang diterima. Seperti biasa aku akan senyum macam kerang busuk ja. haha.

So, raya 1st, macam biasa, lepas smyg raya, semua dah siap2 dgn baju raya, kitorang mulakan sesi bersalam-salaman, mintak maaf, bagi duit raya...

Lepas tu, sesi bergambar pulak. Memang macam2 stail posing yang ada lah.haha. Dah macam glamer kejap sbb bnyk camera yang snap. Lepas dah bergambar, dah settle bdk2 beraya semua, ktrg gerak pg rumah jiran2 yang juga sedara aku.

Tahun ni, tahun pertama aku tak dapat duit raya. Yes, aku dah tua. -_-"

2nd Raya, bersiap2 lagi pergi pulak ziarah saudara mara yang jauh sikit. Sikit jelah. Tapi tahun ni tak bnyk sgt rumah yang pergi. I think sbb cuaca yang panas macam mengurangkan semangat nak jalan jauh2 kot. hehe.

Ada satu kejadian menyedihkan jgk time raya ni. My aunt yang aku pggil maklang, dia bawak kucing dia sekali, nama MJ. Kaler hitam putih. Faham? heheh. Mula2 igt Micheal Jackson, tp bila tersedar yg dia tu adalah betina, jadilah, Mary Jane. hahaha. Tapi kesian kat MJ ni coz dia kene infection kt hidung. nak tgk pun tak boleh sbb klu aku tgk mesti akan rasa nak nangis. Hidung dia mcm bengkak dan berdarah, makin lama makin teruk. Bernafas pun berbunyi.

Drg dah bwk pg klinik tp doktor kata kene pg swasta. So masa 2nd Raya, my aunt akan ke rumah mentua dia pulak. Dapat call dari dia. Dia pg ipoh, ke klinik bawak MJ. Dan dapat berita MJ dah di put down. Semua org yang dengar macam tak percaya. Aku pun. Sebab baru je malam sebelum tu aku belai2 MJ atas sofa masa dia tidur. Esoknya dah tak ada.

Doktor kata nak ubatkan boleh, but it takes a very long time to heal, and she will suffer. So my aunt tak mahu dia suffer. She couldn't even bring herself to ask the vet if she had suffered all these time. Coz she was afraid she might not like the answer. Doktor kata dia kena virus Cryptococcosis, I think. Sebab aku cuma igt crypto, so aku google dapat yg tu. Mmg bahaya.

Semua family dia sedih. Masa time nak buat tu, my aunt keluarkan dia dari cage one last time. And MJ walked towards each one of my aunt's family members as if saying goodbye and thank you. As if she knew that that would be the last time. Aku dengar pun sedih gila. Apatah lagi drg. And aku pun ada experience tgk kucing aku Tia mati dulu yg aku baru dpt jumpa 4 hari sbb belajar, and I cried so bad. I hope they are in a better place.

Weh, ini entry Raya kan? apsal citer sedih? walaweh...dah lah, bye. Sambung nanti, tak tahan sedih. :P

I.A.

No comments:

I'm back! It's the year 2025!

Assalam semua my non-existent readers! Yes, aku memang dah terima hakikat tak ada siapa baca pun. Weh, lama aku tak bermadah di blog ni. Las...