Sunday, August 17, 2014

Kertas

as far as the wind will take me.

Assalamualaikum ya sahabi.

Lama aku tak berwarkah disini. Dan aku cuma menulis ini pun sebab aku tak boleh tidur. Hati rasa tak sedap. Tak tenang. Mungkin ada dimana2 silap aku dengan Allah ataupun manusia.

Mungkin itu sebabnya aku takut nak rasa gembira. Sebab hampir setiap kali aku gembira, pasti akan ada dugaan datang. Tapi jangan salah sangka, tak bermakna aku tidak mensyukuri nikmat kegembiraan itu sewaktu ia datang.

Jujurnya, memang aku terasa sedih. Sedih tentang apa? jika bersedih itu pastilah ada dugaannya. Wah, Allah masih sayangi aku, dan itu buktinya. Diberikan aku dugaan setinggi...oh, taklah setinggi mana. Kecil saja berbanding orang lain di luar sana.

Tapi, oleh kerana kita yang mengalaminya, kita rasakan yang dugaan itu tersangat berat. Cuma didalam dunia kita sajalah.

Aku pernah terbaca satu kata-kata: "Allah tidak marah kita ingat akan Dia sewaktu susah. Tetapi Allah marah jika kita lupakan Dia sewaktu Dia sudah kurniakan kesenangan pada kita selepas itu." Ayatnya lebih kurang begitulah.

Dan entah kenapa, aku terasa. Yalah, siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Memang setiap kali aku dalam kesusahan, aku akan mencariNya. Tapi bila aku senang, aku ketawa sampai lalai. Pastinya aku tidak solo dalam hal ini kan? ><

Macam mana nak tabahkan hati? kalau ujian yang sikit pun tak boleh tahan? Allah takkan uji hambaNya jika mereka tak dapat menanganinya kan.

Aku perasan, aku sangat suka tersenyum. Tapi aku benci diri sendiri, sebab dalam hati aku menangis. Hipokrit sungguh! Ramai orang kata, mereka yang paling gembiralah paling sedih. Contohnya, badut Pagliacci. Google lah siapa dia. Ataupun, mendiang Robin Williams yang kita semua kenali melalui filem2 dia yang kelakar.

Dan mereka ini selalunya sangat 'fragile.' Bila-bila masa boleh putus asa. Jangan risau, InsyaAllah, aku tidak begitu. Itu gunanya ada Agama dan Iman. Tapi, tidak bermakna Iman aku setinggi gunung juga.
><

Dan, kadang-kadang, orang yang aku sakiti pun boleh buat aku rasa sedih. Dalam tahun ni je, ramai yang aku lukakan. Siapa mereka, tak perlu tahu. Tapi ketahuilah, semua yang berlaku tu, aku langsung tak jangka akan berlaku.

Typical. Bila sesuatu yang buruk berlaku, maka akan keluarlah ayat "aku tak berniat nak..." jawapan selamat, sebab taknak bertanggungjawab kan.

Tapi, itu juga yang aku takutkan. Takut jika, walaupun aku sudah meminta maaf, dan kononnya semua sudah selesai, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Macam mana kalau mereka masih belum maafkan aku seikhlasnya? Macam mana takdir aku di alam sana nanti? itu yang aku sedihkan.

Tapi. Ah...tapi lagi. Penuh alasan aku ni. Normal.

Tak apalah. apa yang penting, bila diuji, jangan cepat melatah, dan marah2. Sifat syaitan laknatullah tu semua. Bila marah, kalau tak ada benda yang baik2 untuk diucapkan, diam saja. Tapi jangan tunjuk melalui kelakuan pulak.

Satu entry yang penuh perasaan. Utk pagi ini. Semoga Allah kuatkan aku menghadapi ujian pada waktu ini dan di masa akan datang. Aaamin.

p/s: agak2 kenapa tajuk aku 'kertas'?

I.A.

No comments:

I'm back! It's the year 2025!

Assalam semua my non-existent readers! Yes, aku memang dah terima hakikat tak ada siapa baca pun. Weh, lama aku tak bermadah di blog ni. Las...