Thursday, February 5, 2015

3 Days: Air Papan Vacation


Assalamualaikum all.

Another entry today. Walaupun aku tengah rasa down tapi, untuk mengelakkan aku lupa semua details, jadi aku cerita jelah sekarang. :)

So last week, hari sabtu tghari dalam 12.30 tengahari, aku, mak aku, dan adik ppuan aku bertolak ke Mersing - kampung ayah aku. Nak bercuti sambil dapat melawat family kitorang kat sana yang dah 3 tahun tak jumpa. Adik aku lagilah lama, sebab last time kitorang datang sana, dia takde.

So yeah, bajet bertolak pukul 12.30 boleh lah sampai dalam 5 lebih. Tapi macam biasalah, kat KL ttibe jammed. Semua nak balik kampung. Ceh. Mentang2 Isnin cuti. Sibuk je semua orang nak balik jugak an. TT So 2 jam kitorang ter delayed.

Of course lah, time dalam keter, apa lagi, masing2 sibuk berselfie and bergambar jadah2.

1st day.


Kaki selfie.

Again. Ni bukan kaki selfie dah, tangan, mulut, siku semua lah. :p

So time awal2 journey tu, aku pun saje tnye mama, dah bagitau drg ke kita nak datang ni? Mama kata, ala takpe. But dia call jugak. Rupanya drg semua otw pergi KL. Hahaha...masa tu kitorang macam, hei! apakah! drg ada hal dtg sini. Yang kitorang plak otw ke sana. Tapi nasib baiklah drg balik malam tu jugak. So kitorang pun terus jelah, jumpa kat sana je.

Adik aku beli mentos, bagi mak aku. Dah kunyah2, dia bukak tingkap buang keluar. Aku pandang pelik pastu tanya:

Aku: apsal mama buang mentos tu?
Mama: dah abes kunyah. (dengan muka selamber)
Aku: errk...setahu iya mentos tu boleh telan. tak pernah lagi tengok kene buang. Hahaha...
Mama: hahahaha...

Disebabkan tak plan apa2 pun nak dtg sini, hotel pon tak plan jgk. Pergi jela cari kat Air Papan, kot lah ada resort. Then jumpa Air Papan Beach Resort. Memang dekat gila ngan laut! Memang rezeki. 
Here's some photos:

Aku punya gamba tu candid, sebab tu muka macam apa.
Sebab aku igt adik aku tgh selfie.

So dah sampai sana, adik aku kata lapar. So kitorang gerak pi cari kedai dekat2 situ. And sampailah sini. Time tu angin sangat kuat tau kat Air Papan. Memang tudung melayang2. Bukan takat tudung, makanan yang kitorang makan pon terbang. Kitorang minta air kelapa. Mak ai, kelapa dia besar gila2 punya. Kalau baling kat orang kompim arwah. Dan angin kuat tu sampai mak aku bleh guna sudu utk air kelapa tu dan aku standby nganga kat sebelah. Haha. Ok ini tipu.

Mak aku order nasik goreng kampung, adik aku order nasi goreng cili padi. Tapi dua2 sama. Rasa sama, cuma nama lain2. Haha. Senang gila kerja.

Again. So we met this cat. So adorable, sangat mok mok. First cat.
2nd Day.

So dah makan semua, kitorang balik bilik. Prepare apa semua. Then malam, adik aku kata lapar lagi. Ceh, harap bdan je kecik tapi asyik lapar. So dia kata nak kluar. Aku plak dah ngantuk tahap serious. So aku tido la kjap sementara tu. Tgk2 sampai esok pagi. Hampeh. Pagi2 mak aku and adik aku meluah perasaan kat aku: 

Mama: kesian tau kitorang kelaparan malam tadi. Ko tido tak nak bangun.
Nana: tau takpe. 
Aku: eh, laaa...nape korang tak kejut. 
Mama: Hahaha..tak kejut? Ko tak dengar nana kejut?
Aku: serious? Nape tak ingat pon kejadian tu?
Nana: tak ingat? Ko siap reply lagi, soh kitorang pergilah, ko tak larat.
Aku: oo..rasanya ada. Lepas tu korang cakap takut nak kluar berdua je an.
Mama: ceh...dengar pun.

So rupanya aku igt aku bermimpi time tu. Aku rasa tired sgt coz masa otw aku xdpt tido, sebab mama bawak laju sgt dan jalan bengkang-bengkok buat aku rasa takut. Tak tau la pasei. 

So then kitorang siap2 pergi cari atuk. Call2 tak angkat. Pergi umah makcik aku, dia kata mungkin atuk tdo. Pergi balik umah dia kejut, soh siap2 pergi sarapan. Then kitorang terus gi beli barang2 nak bbq nanti. Time singgah first kedai, jumpa kucing lagi! Comel gila!! Kucing bengal yang gebus. Manja okey. Dia tolong jaga ikan2 kat situ. Sgt baik. 


2nd cat. Memang tak tahan la nak dukung an. Manja gila, dah la bulat.
Baik je, tak curi pun ikan2 tu. 

Then, balik umah atuk, dia kemas2 kitorang bawak dia balik resort skali. Prepare apa yang patut. Time tgh prepare mama tgk aku, kata garam takde! Sudah... Dia kata perlu sgt2. Aku pun amek kesempatan snatched kunci keter, g bersiar2 ngn adik aku. haha. Tapi tak jumpa kedai. Hampeh. Tgh nak mintak kat kedai makan, dia pandang pelik, pastu hilang dan kembali dengan sepaket garam. Ghupenya sebelah tu kedai runcit. Cis. Banyak sgt baju sapa soh!

Dah siap prepare ktrg kluar g bandar. Jalan2 ke pantai!! My favourite place. Jumpa lagi sekor kucing manja tgh preggy bersantai di atas jalan.

Tu my atuk. Then kitorang nampak keter kuda. Apa lagi, ktrg try la.
Best gila. dah la angin kuat, nyaman je. Nama kuda tu lake, or lek, tatau
la ejaannye. Tapi nama Thai.
Lepas dah naik tu, aku macam beselah dgn minah ni,
berposing kat pantai. Seronok gila. Tapi takleh mandi,
sebab angin kuat. Red flag. Air keruh.

Lepas tu kitorang balik. Pergi lak bbq. Dah excited berbbq, ttibe ujan. Pakcik aku kata ala, dia lalu je tak masuk. Okaylah, first time ujan mmg dia tak masuk. Second time tu dia masuk dah tak balik2 lagi dah. Hampeh. Kitorang bbq sejam je. Probably the shortest bbq time in the world. hahaha.


Atas tu lah umah kampung aku. Dulu kecik2 salu datang sini.
Brings back memories. 
Dah tak dpt rasa bbq tu, kitorang semua pergi makan instead. Hahah lawak gila. 

Malam tu, aku sempat test shawl beli kat pasar.
tp macam ape je muka. haha
3rd Day.

Pagi2 kitorang gi sarapan. Then pergi singgah umah my aunt nak hantar barang. So then we bid goodbye. Until next time. Antar atuk lak balik umah. Salam2 semua, then off we go. Masa tu atuk mcm sedih je. Sorang2 kan. Dia kata dia seronok jalan2. Which is good. Heppi rasanya. ^_^

Pastu macam beselah, dalam keter. Selfie lagi.

Adik aku take turn duduk depan. Aku lak nak membuta kat
belakang. eh. haha.

Ktrg singgah umah makcik aku lagi srang kat Kluang. Seronok dia jumpa ktrg. Tiap2 minit wasap, awak kat mana..haha. Keluarlah cerita lama masa sembang2. Wat sedih je. Tsk!

Then kitorang singgah satu kedai barang kahwin ni. Fuh...bnyk gila bunga! Beli a few things. Dan ada bnyk gila stuffed animals! nampak spongebob and patrick! teringin nak satu! 

Dah macam dalam garden. So pretty!
Pastu, off kitorang balik KL. Sampai sini, ktrg gi KFC dulu. Idea aku. Suka sgt KFC. haha. Ktrg smpai umah dalam waktu maghrib. 

There you go. My 3 days at mersing. We had a great time there. Ntah bila dpt jumpa drg lagi agaknya. Hopefully not too long. 

Mak aih, pjg gila entry. ><"
I.A

No comments:

I'm back! It's the year 2025!

Assalam semua my non-existent readers! Yes, aku memang dah terima hakikat tak ada siapa baca pun. Weh, lama aku tak bermadah di blog ni. Las...