Sebelum ape2, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Belum terlambat lagi kan? Maaf zahir batin kepada sesiapa yang mengenali aku. Anywho, straight to the point, raya tahun ni, aku beraya di Kuala Kangsar Perak. Bukan tahun ni je, tahun2 yang lepas and akan dtg jugak.
Macam bese lah, tiap2 hari raya, 1st day pergi sembahyang raya. Yang tak pergi, siap2 kat rumah. Bila semua dah balik sembahyang, semua org dah siap. Bila semua dah gather, kitrg terus beratur, then sesi minta maaf dan bersalam2man pun start. Owh, tak lupa juga sesi memberi duit raya la.
Dah selesai bersalam-salaman, semua org keluar ke depan untuk sesi ambik gambar pulak. Memang semua pose bagai nak rak..haha..termasuk lah aku. Pas selesai bergambo, ktrg akan buat rombongan cik kiah (berjalan kaki) pula ke rumah family kat sebelah2. Pastu balik, naik kereta, pergi pulak ke rumah family jauh skit. Itu la rutin nyer tiap2 tahun.
So, ade la beberapa story kelakar time hari raya. Cekidaut!
1) Semua org amuse gile tgk aksi si Yeop (kucing pakcik aku) dgn Fluffy (kucing aku) yang malu2 tak bole blah...haha. Especially Yeop! buahaha!
2) Cousin aku, Rayka (tudung merah) telah mengenakan adik aku Shah (baju ungu) dengan terbaiknya! Kisahnya, mak aku bg Rayka duit raya, tapi adik aku sambar. So ikuti lah perbualan kami:
Shah: Ni abang Shah punya duit raya lah.
Rayka: Aaaaaa, mane aci!! (sambil terbaring kat lantai)
Aku: Aci kat India la Rayka.
Rayka: Ha...aci kat India. (Die ckp kat adik aku)Aku: Shah, bagi la kat die. (tak lame pastu, die bagi pastu blah)
Rayka ambik, smbil sengih sampai telinga. Then die selinap belakang adik aku, korang tau ape die buat? Hahahaha.... die sekeh kepala adik aku sambil cakap, "Aci kat india!" lepas tu jalan selamber...haha, padan muka adik aku, bayar cash!
3) Raya second, pakcik aku dengan malunye tersalah aku dengan makcik aku. Die igt aku makcik aku. Mase ade org dtg umah, pakcik aku ttibe cuit aku smbil ckp, "Nak bagi duit raya ke kat drg?" Aku pun toleh, aku pelik tapi geleng je la tak tau. Bile pakcik aku nampak muka aku je, die terkejut beruk. "Eh, la, igt maklang tadi..." ahahahahha....paklang malu! Aku hanya mampu tergelak beso je..haha..
4) Time ambik gamba, second raya, macam biasa akan ade gmba gila2 mak and makcik2 aku adik beradik. Mama aku (terduduk kat lantai) nak soh adik2 die angkat die. Tapi tak terangkat smpai kain pun terselak.. haha...Actually, ade banyak yang kelakar, tapi aku bole letak gamba selepas kejadian je sbb yang lain censored sket..haha..
Okay, itu je episode klaka. Ade lagi la cite2 klaka, tapi kalau nak letak cini, sampai bile pun tak abes..
Selamat Hari Raya!!!
IA
No comments:
Post a Comment