Saturday, July 21, 2012

That One Feeling :)

Perasaan kasih itu datangnya dari Allah, perasaan sayang juga dari Dia. Hati mungkin melarang, jiwa mungkin meragui. Tetapi Dia yang menentukan pengakhirannya....berserah pada Allah. :)
Assalamualaikum semuanya. Bersua kita lagi dimalam yang cantik ini. Jgn lupa menjawab salam saya dahulu sebelum anda meneruskan perjalanan membaca entry ini yea. :)

Sebelum apa2, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak pada hari esok. Hari pertama puasa. Alhamdulillah kita semua masih hidup, sihat dan bernafas lagi untuk menyambut ramadhan yang mulia ni. Moga Allah menerima segala kebaikan dan amalan kita dibulan mulia ini, Amin...

Okay, sambung. Ayat2 diatas itu dipetik dari Facebook saya. Oppsss, yea saya tahu, terjiwang pulak.hahaha..berpuitis aku yer. Actually, terasa jiwang nye sebab dalam BM kot. Kalau dalam BI tak rase sangat...haha. Why yea?

Kenape aku tetiba jiwang dalam BM? Adelah sorang hamba Allah ni yang memebuatkan aku jadi begitu. Aii, salahkan orang pulak, tak baik2. Okay2, memang aku yang nak jadi jiwang.hehe. Tapi dia pun salah satu sebab jugak la.

Yea, perasaan kasih dan sayang itu memang datang dari Allah s.w.t. Melalui satu kajian aku, aku dapati bahawa perasaan manusia semuanya datang dari Allah, sebahagian dari sifat2 mulia Allah ada terdapat dalam diri kita manusia. Sayang, kasih, cinta, kebaikan, dan semuanya. Cuba bygkan kalau kasih manusia itu cantik, apatah lagi Allah, tuhan kita yang menciptakan kita semua? Mesti tak tertanding cantiknya! Subhanallah...

Kesimpulannya, kadang2 even perasaan kasih dan sayang itu pun boleh jadi sesuatu yang terlarang. Maksudnya, kita kene ade batasan. Sebab tu kita ada conscience. Atau kata hati. Bila hati kita kata jangan melakukan sesuatu yang tak baik, itu tandanya Allah sedang membantu kita. Pernah tak kita betul2 mendengar?

Perasaan cinta dan sayang memang susah nak tolak. Kita suka dan sayang seseorang itu, bukan sesuatu yang buruk. Ianya terletak di tangan kita sendiri macam mana kita bertindak dengan perasaan itu. Ok? Dan yang paling penting, cinta dalam Islam itu bukan macam cinta yang kita lihat sekarang dimana2 ye. Ape2 pun, kalau merasa ragu, kita minta petunjuk dari Allah. Insyaallah, Dia akan membantu kita. :)

Yea, entry jiwang. Pasal awak la saya begini...oh Mr.P. Apa2 pun saya berserah pada Allah untuk menentukan. :)

p/s: Cinta yang baik adalah cinta yang diredhai Allah. Banyakkan amalan dihari mulia ini. Rebutlah malam Lailatul Qadr..Insyaallah. :)

Assalamualaikum!~

No comments:

I'm back! It's the year 2025!

Assalam semua my non-existent readers! Yes, aku memang dah terima hakikat tak ada siapa baca pun. Weh, lama aku tak bermadah di blog ni. Las...