WOAH. Lamanya tak buat entry. Actually, banyak aku nak tulis dari awal tahun lagi. But somehow, I ended up not writing anything. Sigh.
Entry ni pun sebenarnya dari draft. Dan dalam draft tu aku tulis aku nak jadi youtuber, hahahahahaha. Terpaling kelakar bila aku baca balik. Aku pun tak ingat aku pernah tulis benda tu. Nampak tak betapa lamanya aku tak menulis?
So apa aku nak borak sorang-sorang ni? Kenapa lama takda? Kenapa sekarang baru nak muncul? Why? Why? Jawapannya, entah. Tiba-tiba datang rasa keinginan tu. Adakah ada kaitan dengan... dengan apa? Baca sampai habis.
Sebelum tu, aku cerita jelah moments dalam tahun 2020. Well, anda pasti familiar dengan Wawasan 2020 kan? Masa kecik2 dulu itulah yang kita sebut-sebut, kerajaan terapkan, Malaysia harapkan. But, masa masuk 2020, aku rasa wawasan apa je yang dah capai? Haha. Kereta terbang pun takda. Hampeh. Tapi... aku tetap bersyukur masih bernyawa sampai la 2021 ni. Korang tau the best thing yang jadi tahun lepas ialah AKU JADI MAK! Ya, Allah, Alhamdulillah, sungguh Engkau adalah Maha Pemurah. Nama Zara Alyssa kami bagi. Zara tu hubby aku bagi, Alyssa aku yg bagi.
Dia lahir pun bulan Jun macam mak dia. Cuma awal 10 hari. Hehe. Pastu bleh lak hubby kata next baby nak lahir bulan Julai pulak. Ikut bulan birthday dia. Hahaha. Ingat boleh order2 macam tu je ke? Hehe. InsyaAllah, ada rezeki. Tunggulah Alyssa 2 tahun dulu.
Dulu masa muda2 aku memang selalu berangan macam mana la bila aku jadi mak nanti. Even kahwin pun aku tak tersangka. Tapi yang pasti aku memang teringin nak ada anak. Hehe. Alhamdulillah.
Sekarang pulak tengah PKP 3.0. Yang entah apa-apa je SOP nya. Tak tahulah bila nak habis wabak ni. Ya Allah, Engkau angkatlah wabak ini dari dunia segera. Lindungilah kami dari terkena segala penyakit yang ringan ataupun berbahaya.
Okeylah, tu je la aku nak cerita. Next time pulak aku melabun. Haha.