Tuesday, September 3, 2019

And now you may call me, Puan.

Assalamualaikum to all my non-existing readers! Ahaks.

Yeah, aku dah terima hakikat yang blog ni cuma akan jadi tak lebih dari diari elektronik je. Nak menulis dengan pensil aku malas. Disebabkan tujuan sebuah diari ialah tulis je apa yang jadi pada kau setiap hari tanpa ada pembaca lain selain kau, makanya itulah tujuan blog ni juga. So sad. Haha.

So, what's up guys? Lama aku tak menaip. What's with the title? Haha. Based on my last two entries, aku dah bagitahu aku nak kahwen kan. Alhamdulillah, selesai semua. Aku dah officially jadi isteri orang hoi! Can you believe that? I'm a wife! And no, my husband tak baca blog aku. Haha. So 29th of June ialah tarikhnya. Juga merangkap tarikh hari jadi aku dan mak mentua aku. What a big coincidence though. Pandai Encik Hubby (dulu encik beruang) pilih. Dan kebetulan pulak hari tu jatuh pada hari Sabtu. Memang best sebab kami tunang masa birthday Encik Hubby, dan kawen pada birthday aku. Senang nak ingat anniversary ye Encik Hubby? Kalau tak ingat jugak tak tahulah. Haha.

Apa aku nak cerita pasal my big day? Well, benda biasalah yang kau selalu tengok masa majlis kawen, duh. Part paling aku tak suka sekali masa majlis korang tahu apa? Part make up. Weh, serious aku kata aku benci make up! Kahkah. Aku make up pun setakat pakai krim safi, sun block dan lipstick je. Tapi bila kena cat sampai mencapai ketebalan beberapa inci, tambah fake eyelashes bagai, aku give up. Hanya Allah yang tahu betapa bencinya aku pada fake eyelashes. Sakit weh mata aku. Boleh rasa benda tu cucuk eyelids. Aku tak main-main mahupun bergurau guys, aku serious ni.

Macam mana korang boleh make up hari-hari gadis sekalian? Aku awal-awal naikkan bendera putih. Dah la kena make up untuk dua hari! Satu majlis kat Masjid Wilayah dan satu kat rumah aku. Kalau ikut hati aku ni, memang jangan harap nak make up. Tapi biasalah, bila kawen ni bukan kau dan suami je, family kau pun terlibat. Ikutkan jelah kehendak mereka. 2 hari je kan. Hehe.

Perasaan aku lepas kawen? Well, Alhamdulillah semua dipermudahkan. Hubby jenis yang sangat romantik in his own way. Bukanlah jenis yang bagi bunga atau buat suprise bagai kind of romantic ye. Romantik ni ada banyak jenis percaya atau tidak. Tapi yang paling penting dia bukan jenis panas baran, tak merokok, kelakar. Oh God, panas baran dan tak merokok tu memang aku syukur sangat. Masa single lagi aku selalu kata kalau nak cari boyfriend dan suami, aku tak nak sangat yang ada dua ni. Alhamdulillah Allah kabulkan. Benda baik mungkin Allah boleh berikan ye tak? Kata-kata kita tu semua doa tau. Aku masa single bila nampak orang post pasal husband panas baran atau merokok, automatik dalam hati sebut nau'zubillah dan doa tak dapat org macam tu. Even benda lain pun. So korang try la praktikkan. Yang penting kita pun cubalah baiki diri juga.

I'm not saying my husband is perfect. Heck, even I'm not perfect. But marriage isn't about that. Apa yang dia kurang, aku tambah, dan likewise. Aku doa kami terus kuat and selalu bertolak ansur. Aaminn. Cakap pasal tu, semalam ada berita tak baik aku dapat. Aku sedih and bila aku sedih aku akan jadi takda mood. So aku tak bercakap sangat dengan Encik Hubby. Dia ingat aku marah dia. Tapi aku tengah serabut, huhu. Ampun Hubby. Nasib dia faham.

Anyhoo, I guess that's all I have for now. Until next time love.

P/S: baru dua bulan kawen dah ada mak cik tanya "dah ada isi ke?" Allahu. She meant well, I know. Tapi still kan. Baru aku faham rasanya. Hehe. InsyaAllah kalau ada rezeki. Aaminn... Kalau ada siapa yang baca post aku ni, doa-doakanlah untuk kami ya. Syukran.

Gambar adik ipar hubby amekkan. So gorgeous!

I'm back! It's the year 2025!

Assalam semua my non-existent readers! Yes, aku memang dah terima hakikat tak ada siapa baca pun. Weh, lama aku tak bermadah di blog ni. Las...