Monday, June 7, 2021

Daily rant June 2021

Assalamualaikum everyone.

WOAH. Lamanya tak buat entry. Actually, banyak aku nak tulis dari awal tahun lagi. But somehow, I ended up not writing anything. Sigh.

Entry ni pun sebenarnya dari draft. Dan dalam draft tu aku tulis aku nak jadi youtuber, hahahahahaha. Terpaling kelakar bila aku baca balik. Aku pun tak ingat aku pernah tulis benda tu. Nampak tak betapa lamanya aku tak menulis? 

So apa aku nak borak sorang-sorang ni? Kenapa lama takda? Kenapa sekarang baru nak muncul? Why? Why? Jawapannya, entah. Tiba-tiba datang rasa keinginan tu. Adakah ada kaitan dengan... dengan apa? Baca sampai habis.

Sebelum tu, aku cerita jelah moments dalam tahun 2020. Well, anda pasti familiar dengan Wawasan 2020 kan? Masa kecik2 dulu itulah yang kita sebut-sebut, kerajaan terapkan, Malaysia harapkan. But, masa masuk 2020, aku rasa wawasan apa je yang dah capai? Haha. Kereta terbang pun takda. Hampeh. Tapi... aku tetap bersyukur masih bernyawa sampai  la 2021 ni. Korang tau the best thing yang jadi tahun lepas ialah AKU JADI MAK! Ya, Allah, Alhamdulillah, sungguh Engkau  adalah Maha Pemurah. Nama Zara Alyssa kami bagi. Zara tu hubby aku bagi, Alyssa aku yg bagi. 

Dia lahir pun bulan Jun macam mak dia. Cuma awal 10 hari. Hehe. Pastu bleh lak hubby kata next baby nak lahir bulan Julai pulak. Ikut bulan birthday dia. Hahaha. Ingat boleh order2 macam tu je ke? Hehe. InsyaAllah, ada rezeki. Tunggulah Alyssa 2 tahun dulu. 

Dulu masa muda2 aku memang selalu berangan macam mana la bila aku jadi mak nanti. Even kahwin pun aku tak tersangka. Tapi yang pasti aku memang teringin nak ada anak. Hehe. Alhamdulillah. 

Sekarang pulak tengah PKP 3.0. Yang entah apa-apa je SOP nya. Tak tahulah bila nak habis wabak ni. Ya Allah, Engkau angkatlah wabak ini dari dunia segera. Lindungilah kami dari terkena segala penyakit yang ringan ataupun berbahaya.

Okeylah, tu je la aku nak cerita. Next time pulak aku melabun. Haha.

Tuesday, September 3, 2019

And now you may call me, Puan.

Assalamualaikum to all my non-existing readers! Ahaks.

Yeah, aku dah terima hakikat yang blog ni cuma akan jadi tak lebih dari diari elektronik je. Nak menulis dengan pensil aku malas. Disebabkan tujuan sebuah diari ialah tulis je apa yang jadi pada kau setiap hari tanpa ada pembaca lain selain kau, makanya itulah tujuan blog ni juga. So sad. Haha.

So, what's up guys? Lama aku tak menaip. What's with the title? Haha. Based on my last two entries, aku dah bagitahu aku nak kahwen kan. Alhamdulillah, selesai semua. Aku dah officially jadi isteri orang hoi! Can you believe that? I'm a wife! And no, my husband tak baca blog aku. Haha. So 29th of June ialah tarikhnya. Juga merangkap tarikh hari jadi aku dan mak mentua aku. What a big coincidence though. Pandai Encik Hubby (dulu encik beruang) pilih. Dan kebetulan pulak hari tu jatuh pada hari Sabtu. Memang best sebab kami tunang masa birthday Encik Hubby, dan kawen pada birthday aku. Senang nak ingat anniversary ye Encik Hubby? Kalau tak ingat jugak tak tahulah. Haha.

Apa aku nak cerita pasal my big day? Well, benda biasalah yang kau selalu tengok masa majlis kawen, duh. Part paling aku tak suka sekali masa majlis korang tahu apa? Part make up. Weh, serious aku kata aku benci make up! Kahkah. Aku make up pun setakat pakai krim safi, sun block dan lipstick je. Tapi bila kena cat sampai mencapai ketebalan beberapa inci, tambah fake eyelashes bagai, aku give up. Hanya Allah yang tahu betapa bencinya aku pada fake eyelashes. Sakit weh mata aku. Boleh rasa benda tu cucuk eyelids. Aku tak main-main mahupun bergurau guys, aku serious ni.

Macam mana korang boleh make up hari-hari gadis sekalian? Aku awal-awal naikkan bendera putih. Dah la kena make up untuk dua hari! Satu majlis kat Masjid Wilayah dan satu kat rumah aku. Kalau ikut hati aku ni, memang jangan harap nak make up. Tapi biasalah, bila kawen ni bukan kau dan suami je, family kau pun terlibat. Ikutkan jelah kehendak mereka. 2 hari je kan. Hehe.

Perasaan aku lepas kawen? Well, Alhamdulillah semua dipermudahkan. Hubby jenis yang sangat romantik in his own way. Bukanlah jenis yang bagi bunga atau buat suprise bagai kind of romantic ye. Romantik ni ada banyak jenis percaya atau tidak. Tapi yang paling penting dia bukan jenis panas baran, tak merokok, kelakar. Oh God, panas baran dan tak merokok tu memang aku syukur sangat. Masa single lagi aku selalu kata kalau nak cari boyfriend dan suami, aku tak nak sangat yang ada dua ni. Alhamdulillah Allah kabulkan. Benda baik mungkin Allah boleh berikan ye tak? Kata-kata kita tu semua doa tau. Aku masa single bila nampak orang post pasal husband panas baran atau merokok, automatik dalam hati sebut nau'zubillah dan doa tak dapat org macam tu. Even benda lain pun. So korang try la praktikkan. Yang penting kita pun cubalah baiki diri juga.

I'm not saying my husband is perfect. Heck, even I'm not perfect. But marriage isn't about that. Apa yang dia kurang, aku tambah, dan likewise. Aku doa kami terus kuat and selalu bertolak ansur. Aaminn. Cakap pasal tu, semalam ada berita tak baik aku dapat. Aku sedih and bila aku sedih aku akan jadi takda mood. So aku tak bercakap sangat dengan Encik Hubby. Dia ingat aku marah dia. Tapi aku tengah serabut, huhu. Ampun Hubby. Nasib dia faham.

Anyhoo, I guess that's all I have for now. Until next time love.

P/S: baru dua bulan kawen dah ada mak cik tanya "dah ada isi ke?" Allahu. She meant well, I know. Tapi still kan. Baru aku faham rasanya. Hehe. InsyaAllah kalau ada rezeki. Aaminn... Kalau ada siapa yang baca post aku ni, doa-doakanlah untuk kami ya. Syukran.

Gambar adik ipar hubby amekkan. So gorgeous!

Wednesday, April 17, 2019

2 Months 12 Days and Counting...

Assalamulaikum...Martians and Earthlings.

Apa aku still buat kat sini? Takda siapa bacalah. Haha. Takpalah, at least aku boleh cerita benda yang pelik-pelik takda siapa tahu. Haha. Sedihnya hidup.

Kenapa dengan tajuk tu? Countdown kepada apa agaknya? Well, itu countdown kepada hari aku akan masuk dunia baru. Dunia baru? Nak menjelajah ke dunia mana lak ni? Yang pasti bukan dunia bunian. Eh.

Bulan 6 nanti InsyaAllah aku akan kahwin. Akhirnya. Takut, gementar, risau, cold feet semua ada. Dah campur macam ABC.  Lepas pengalaman yang sebelum ni, jujur aku takut gila nak kahwin. Dengan cerita dalam KRT semua tu, lagilah buat cuak. Aku harap yang baik-baik je untuk kitorang tapi biasalah, tak pernah lalui kan, kalau tak takut tu confirm something wrong somewhere. Heh. Cakap pasal tu, masa buat ujian HIV hari tu, tengah isi borang kan dia ada tanya perkahwinan pertama atau kedua, Encik Beruang Kutub pergi melawak, 'nasib baik bukan perkahwinan kedua.' Tak lawak tau haha. Aku pun bagilah jelingan maut kat dia. Tak lama lepas tu aku pulak melawak yang sama, dia pun bagi jelingan maut kat aku hahaha. Buat lagi.

Aku doa kami bahagia sampai ke Jannah. Aamin... Dan harap aku bolehlah jadi isteri yang baik, ibu yang baik, InsyaAllah. Boleh ke? Nak jaga diri pun fail lagi ni, macam mana nak jaga anak lelaki orang ni? How...? Haha.

Aku tengah dalam proses isi borang ni. Senang je sebenarnya tau. Tapi yang buat susah cara nak isi dan kena buat apa je tak tahu. Kan bagus kalau dorang jelaskan semua. Kenapalah benda senang disusahkan. Takpa, nanti borang aku dah selesai, aku buat entry explain semua yang aku kena buat.

Before aku kahwin nanti, kawan-kawan ajak reunion. Yes, I love that. Sebab nanti dah kahwin mungkin tak dapat jumpa selalu. I mean, aku boleh je, cuma mereka nanti mesti dah pikir 2, 3 kali nak ajak, kihkih.

Apa-apa pun, aku doa semuanya lancar. Banyak lagi benda tak siap. Ades. Permudahkanlah uusan kami Ya Allah. Aaminn..

Toodles!

Exactly how I feel. Haha.


Thursday, March 21, 2019

Hari yang Menggeramkan

Assalamualaikum ya ahlul dunya. Eh?

Al-kisahnya hari ni, 20 Mac 2019, aku dengan Encik Beruang Kutub decided untuk pergi buat ujian HIV. Dia sanggup minta cuti sebab nak settle kan benda ni. Thank you, love.

Pada yang tak tahu tu, ini kali kedua aku ambil test ni. Sebab yelah, yang first hajat tidak kesampaian. Haha. The thing is, lain betul proses kali ni dengan yang sebelum ni aku buat. Dulu aku pergi, isi borang, ambil nombor, tunggu, buat test, terus dapat result. Then balik. That's it. But kali ni, aku pergi KK lain and memang berbeza. Kali ni kena isi dua borang. Satu borang HIV dan satu lagi borang untuk analysis stress. Ambil nombor, then masuk bilik sorang-sorang untuk buat ujian. Before this boleh masuk berdua dan buat sekali.

Dah buat test tu, belum dapat result lagi. Kena pergi pulak kaunter lain, ambil Blood Pressure. Then masuk bilik jumpa doktor untuk consult sambil dapat result HIV test tu. Disebabkan blood pressure aku normal Alhamdulillah, doktor tak cakap apa. Tapi blood pressure Encik Beruang Kutub tinggi, jadi doktor pun bersoal jawablah dia dalam bilik. Stress apa ntah dia. Aku rasa sebab kerja. Tak pun sebab siang tadi. Nanti aku cerita kisah menyakitkan hati tu. Heh. So dah dapat result which is non-reactive, bolehlah kami kahwin. Eh? Haha. Insyaallah.

So proses dia memang banyak gila. Melecehkan tapi pada aku lebih baik macam ni. Dia buat semuanya, dari mental dan fisikal. Tengok apa masalah. Doktor pun suggest Encik Beruang Kutub pergi check-up takut thyroid. Minta jauh lah...

Okey, so back to that annoying story. Kitorang sampai KK tu awal. Tanya nurse pasal borang HIV tu. Disebabkan kami akan nikah kat KL, dia kata kena guna borang JAWI sebab selangor lain. Takut JAWI tak terima. Aku macam apakah. Maka berlalulah kami ke misi mencari kedai printing dan cyber cafe. Aku google kedai terdekat dan terus pergi kedai tu mengikut Maps. Sampai-sampai kau tahu apa? Bukan kedai, tapi kilang printing. Bahenol betullah. Hahaha. Pergi tempat kedua, dah lenyap. Non existing. What in the world. -_-

Nasib baiklah kat tempat kedua tu, Encik Beruang Kutub nampak CC. Pergilah kami ke sana. Tapi masalah dengan printer dia pulak dah... Aku ngan Encik Beruang Kutub dah geram. Haha. Aku lagilah stress. Lama gila dia dok godek printer jadah tu. Masa berjalan ni tau dak... Aku pun dah fed up, aku bangun pergi letupkan CC dia kat situ jugak.

Okey, aku tak letupkan. Haha, tapi rasa nak letupkan siot. Last-last tak boleh jugak, kami kata tak payahlah bang. Kami nak cepat ni. Kami tak print pun. Why? Sebab Encik Beruang Kutub call JAWI dan mereka kata boleh je guna borang Selangor. Madafada betullaaaa... Kami pusing-pusing untuk apa?!! Bahenol bahenol!

So, itu jugak mungkin penyumbang kepada blood pressure dia yang tinggi tu. Sapa tak geram weh. Makanya siapa nak buat HIV test tu, kalau korang buat kat KK Selangor dan nurse mintak borang KL, kau cakap kat nurse tu JAWI bagi buat guna borang Selangor. Okey? Benda senang nak susahkan. Amendelah!

Toodles!
Dalam hati aku macam nilah. Haha. 




Wednesday, March 20, 2019

Down Memory Lane

Assalamualaikum ladies and gents!

So, apa aku nak melabun hari ni? Aku sekarang tetiba rindu nak balik belajar semula doe. Bukan sekolah menengah. No way. I hate my high school days. Unless I can go back and do it all over again, I will forever hate it. Haha. Bunyi macam exaggerate je kan? Nope. The truth weh, masa sekolah aku budak yang sangat-sangat pemalu. I mean sangat! Sampaikan orang laki bercakap dengan aku, aku buat derk je. Kalau aku layan pun aku tak pandang muka mereka. Serious talk, no play-play. EH? Dan aku dulu belajar macam tak belajar. Otak kelaut. Menyesal la jugak.

Sebab aku pemalu jugaklah aku tak ramai kawan. Yang ada bukan dikira kawan. Sebab bila dengan aku okaylah, tapi bila muncul orang lain, aku kena tinggal. Nobody cares about me. Aku memang takda kawan high school dah. Yang ada tinggal sekadar nama di facebook. Dan sorang cuma pm sebab nak promote barang. That's why kalau aku dapat go back, dengan everything yang aku tahu sekarang, I will do it a lot better!

Why aku shy shy? Aku pun tak tahulah. Aku punya level of confidence tersangatlah rendah dulu. Maybe ada kaitan jugak dengan cara aku dibesarkan. But lets not talk about that. Aku jugak sangat selekeh dulu. Maklumlah, dulu-dulu mana macam budak-budak zaman sekarang, pergi sekolah pakai make-up bagai. Aku dulu nothing. Tudung selekeh, anak tudung kedepan macam serkup Bieber. Serious. Ada gambar. Haha. Sebab aku tak reti pakai tudung dulu sebenarnya. Dulu aku freehair that's why. Aku mula pakai tudung masa dapat tahu masuk UIA lepas habis high school. Hahahaha. Weh, hipokrit ke aku? Aku tak rasa macam tu. Sebab ada hikmah aku masuk UIA. Aku belajar pakai tudung, walaupun sebab terpaksa. Tapi lama-lama, aku terus pakai. Nak tanggal rasa janggal. EH, rhyming. Haha.  Dan aku pasti bab ni mesti ramai budak UIA yang setuju dengan aku.

Dan masa aku tahu nak masuk UIA jugaklah aku kata pada diri aku, aku tak nak jadi pemalu dah. I mean, I know, sifat malu patut ada pada perempuan. Tapi kalau dah sampai susah nak bergaul, buat semua benda, kenalah ubah sikit. And aku berjaya. Aku jadi confident sikitlah. Sikit je. Tapi dapatlah jugak kawan kahkah.

I love my uni days! You have no idea how much. I miss it a lot. Kalau boleh ulang balik, aku nak belajar kuat sikitlah. Hahaha. Still with that. I miss my friends jugak. We used to lepak sama-sama, pergi mana bertujuh. Pergi outing pun sama-sama. Those memories memang the best. Aku still pemalu jugak bila bab lelaki time uni. Haha. Yang tu masih sama.

Orang kata nak cari pakwe tunggu sampai masuk Uni. Aku tunggu jugak, tapi sebab aku shy, hahaha. finish that sentence yourself please.

Ada la orang nak kenal, dah siap jumpa nak berkenalan. Awal-awal dalam text macam berminat sangat dia kat aku. Aku pun dah kawan kenen kan pergi jelah. What have I got to lose kan? Sekali dah jumpa awkward gila. Date pulak bawak kawan teman. Hahaha. Lepas dah jumpa. Senyap je orang tu. Aku tahu dah kenapa. Aku tak lawa perhaps. Aku chubby dulu (sekarang pun tapi kuranglah sikit). So aku dapat tahu dari kawan aku yang kenen tu, dia kata kalau aku kurus sikit mungkin dia boleh go. Kahkah. Terasa beb walaupun dah agak. Tapi aku pun tak kisah actually. Sebab aku bukan suka dia. Haha. So memang baguslah. Itu kisah dulu-dulu. Dia pun dah kawen. Aku je yang masih menghitung hari. Eh?

Macam-macam jadi kat UIA dulu. Benda best, benda tak best. Paling aku ingat lecturer gatal tu. Ades. Aku ada buat entry pasal dia sebab aku bengang sangat haha. Gatal dia takleh bawak bincang doe. Sampai kawan-kawan aku pulak dia bantai. Last day kat UIA, lepas exam boleh lak ajak pegi makan. Memang taklah.

Situ jugak aku akhirnya berjaya berkawan dengan spesies yang aku takut sangat, lelaki. Haha. They became my best friends. Dah besar masing-masing. Dah kawen semua, dah beranak. Alhamdulillah.

Gosh, tetiba ber reminiscing tengah malam ni. Aku memang night owl. Dari dulu dah korang tahu kan? Toodles.

Aku sangat suka gambar ni. Muka kami macam tu sebab segan
orang amek gambar. Kahkah. Probably tahun 2011. Aku dah tak ingat. 



Saturday, March 2, 2019

Hamidi's Family Day 2019

Assalamualaikum the preeties and the handsomes.

Woaa...pejam celik dah 2019? March? Seriousla? Satu entry je aku buat last year? haha. Makin pemalas aku ni. Well, actually bukan sebab malas, tapi sebab aku dah takde idea nak tulis. Tak semangat nak cerita benda-benda yang jadi macam dulu tau. Dulu benda kecik macam lubang hidung pun aku nak cerita. Haha.

Apa yang buat aku datang balik? Entah, sekarang pukul 2  lebih. Malam. Aku tak boleh nak tidur, so aku pun decide tulislah something dari biarkan blog aku ni bersawang.

Al-kisah, 8 sampai 10 Feb hari tu aku ada family gathering. Basically family kami ni sangat pentingkan hubungan rapat tau. So kalau boleh tiap-tiap bulan nak jumpa semua. Setiap tahun kami akan buat family day dan kami main games, lepak, karaoke, membawang, eh? Haha. But seriously.

Last year pak cik aku punya family yang in charge family day. Means sediakan games, and apa nak buat. This year family aku pulak kena undi. So kami la uruskan. Aku in charge games. Bapak susah rupanya nak cari games/telematch ni. Aku google banyak benda tapi sudahnya aku campur-campur je games yang ada. Simple. Kahkah.

Tak nak cerita detail sangat apa kami buat. Tapi kami ni memang kaki bergambo jugak. So aku selitlah sini sikit. Eh, banyak. Hehe.

Disebabkan family kitorang in charge this year, maka kamilah yang
uruskan  suprise bday opah dan yang lain lahir Jan dan Feb.
Dan aku kalau tak menggedik itu bukan akulah. Haha.
The day nak balik.
Again. Pantai Remis. Nak balik tu singgah ke sini dan bergambo lagi.
Believe me banyak gila gambar. haha.
This was after the telematch. I love this so much! 
H stands for Hamidi. That's arwah atuk. Though he's no longer with us,
we keep him in our hearts always.
Last pic. Walaupun bnyk lagi, cukup lah tu. Ni bkn instagram. eh? haha.
In short, the family day went so well. Walaupun ada kekurangan sikit. But glad they enjoyed it. Banyak lagi event kitorang dah rancang tahun ni. But I can't wait for our next family day. Hopefully time tu dah dapat pergi dengan Encik Beruang Kutub. Eh? Hahaha. Insyaallah. Aaminn.

p/s: nyaris ingat terdelete the whole entry masa edit. Serious cakap, kalau betul terdelete mmg aku dah malas nak type lagi. hahaha. Adios amigos.

I.A

Sunday, May 6, 2018

The Old Memory

Hey everyone,

Been a while. And by a while I meant, last year. Haha. I haven't been around that much because I really don't have anything to write about. Or rather, I just don't have the same passion to write anymore. Is this me, growing up? Gosh I hope not.

Anyway, this wont be a long one. Just a post to remind myself I'm still here and will be here until I'm not.

News flash, 'my old memory' just added me back on facebook. Again. I have no idea why. He was the one who unfriended me. Humans are weird. What's weirder though, is how that made me feel. Some painful things I wish not to remember now flooded right back in my brain. Damn.

So what will be my answer to it?

I.A.


Daily rant June 2021

Assalamualaikum everyone. WOAH. Lamanya tak buat entry. Actually, banyak aku nak tulis dari awal tahun lagi. But somehow, I ended up not wr...